Assalamualaikum W.B.T sekali lagi saya ucapkan~
Selamat datang ke blog saya.
Gembira saya ingin mengkongsikan kepada pembaca yang budiman berkaitan dengan 'Sejarah Kampung Pimping, Membakut'. Seperti sedia maklum, terdapat beberapa buah kampung yang terdapat di Membakut tetapi kali ini saya akan menspesifikasikan berkaitan kampung di mana tempat kediaman saya sendiri iaitu Kampung Pimping.
Saya dilahirkan pada tahun 1998 dan saya amat gemar mengimbau nostalgia yang terdapat di kampung saya sendiri. Walaupun saya lahir pada alaf yang moden, saya cuba untuk menyelongkar kisah lalu yang semakin pupus ditelan zaman iaitu sejajar dengan blog saya ini.
Sebelum memulakan sejarah di kampung ini, kira elok kita berkenalan dengan asal usul nama Kampung Pimping itu sendiri. Ada pendapat yang mengatakan daripada rumput pimping. Lain kata juga menyatakan diambil daripada seekor burung pimping.
Berikut adalah gambar seekor Burung Pimping
Berdasarkan pencarian saya juga, terdapat banyak syair mengenai asal usul nama Kampung Pimping.
MENGAPA
KG. PIMPING DIBERI NAMA
BISMILAH
INI MULA NYA DI KATA
HALHAMDULILLAH
MENGIKUTLAH SYARAT
BERKAT
SYAFAAT PENGHULU KITA
KERTAS
DAN DAKWAT BUAT CERITA
KISANYA
DIBUAT MULANYA PERTAMA
INGATAN
KG. DIRUMAH LAMA
SESEORANG
AMPUNYA NAMA
TAHUN
12 ITULAH LAMA
JADI
KETUA ORANG KAYA TERSHAT
DARI
BERUNEI BUKANNYA SESAT
BELIAU
TERPILIH MENDAPATNYA PANGKAT
KUASA
KAMPUNG JAUH DAN DAKAT
KETUA
DAHULU BUKANNYA SOMBONG
RUMAHNYA
DI AIR BERSAMBUNG-SAMBUING
SAMA
BUATAN BALAHNYA BUBUNG
RATA
BARISNYA TIANGNYA NIBUNG
RUMAH
DAHULU RATA BERJUNTUN
SEHINGGAH
SAMPAI PANGKALAN KABUN
DAHULU
RAJIN RAMAI BERDUDUN
BERCAMPUR
DENGAN ORANGNYA DUSUN
DIRUMAH
LAMA ADANYA MASJID
ORANGNYA
BANYAK BUKAN SEDIKIT
DIMASA
ITU MUSIM PENYAKIT
ORANG
KAYA TERSHAD PUN JATUH SAKIT.
Seterusnya, saya akan mengkongsikan kepada anda senarai nama Ketua Kampung pimping.
SENARAI NAMA KETUA KAMPUNG PIMPING DARI
DULU SAMPAI SEKARANG
1. OKK. TARSHAD
2. PENGIRAN DAMIT
3. PENGIRAN SULAIMAN
4. PG. BESAR BIN PG. TAJUDDIN
5. PENGIRAN JAYA BIN PG. BESAR
6. PENGIRAN PIUT BIN PG. BINTING
7. PENGIRAN SALAM BIN PG. JAYA
8. PENGIRAN ALI / ORANG TUA ALI BIN ALIP
9. ORANG TUA YAAKUB BIN MOMIN
10. ORANG TUA AMIN
11. TN. HJ. MATUSIN MAT JAI
12. TN. HJ. ABDULLAH KAFI
13. TN.HJ. JAILANI AG. BESAR
14. TN. HJ. ISMAIL MAUN
15. TN. HJ.MATUSIN MAT JAI
GAMBAR TERSEBUT MERUPAKAN KETUA KAMPUNG PIMPING KETIKA INI
Sebelum saya melanjutkan lagi, berikut ialah sijil penghargaan sempena Ketua Kampung Pimping terdahulu.
Seterusnya, saya juga ingin memasuki anda semua untuk mengimbau gambar terdahulu yang terdapat di Kampung Pimping. Sebagai contohnya, sungai kg pimping, sekolah pertama dan banyak lagi yang ingin saya rungkai mengenainya.
BERIKUT MERUPAKAN GAMBAR SUNGAI KAMPUNG PIMPING TERDAHULU
Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai sungai ini. Pada dahulunya, semua penduduk hanya bergantung kepada sumber sungai.Penduduk di kampung ini termasuklah datok moyang saya yang pernah melakukan aktiviti yang kebiasaannya dilakukan oleh suku Kaum Brunei.
Misalnya, mereka akan turun awal subuh lagi untuk melakukan aktiviti seperti memasang pukat, menahan bubu dan sebagainya untuk mengambil sumber air tawar yang terdapat di Sungai Pimping tersebut.
Selain itu juga, saya ingin mengkongsikan kepada anda semua untuk menyelami dunia pembelajaran pada ketika dahulu. Sekolah yang diduduki oleh masyarakat kampung terdahulu adalah Sekolah Pengiran Jaya , Pimping iaitu bekas sekolah saya terdahulu.Anda semua boleh merujuk laman web tertera untuk mengetahui info lebih lanjut : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Pengiran_Jaya_Pimping
GAMBAR TERSEBUT MERUPAKAN PINTU GERBANG SK PENGIRAN JAYA, PIMPING
Walaupun banyak perubahan yang berlaku di sekolah ini, namun aura sekolah ini masih tersemat pada diri saya dimana tempat saya menimbah ilmu pengetahuan daripada insan yang bergelar guru.
RAUT WAJAH INSAN YANG MEMBANGUNKAN MASYARAKAT KAMPUNG PIMPING
GAMBAR TERSEBUT MERUPAKAN BILIK GURU TERLEBIH DAHULU
Berikut merupakan senarai guru besar di sekolah ini:
1- ABD. WAHID BIN OSMAN -1946 – 1950
2- HJ. PERMAN HASSAN RAJI -1951 – 1953
3- AJAMAIN BIN ABD. GAFFAR -1954 – 1957
4- HJ. MOHD JUNI BIN PUDIN -1957 – 1962
5- HJ. ABD. GHANI BIN HJ. AHMAD -1962 – 1963
6- EN. LOSSONG LUNGKIB -1963 –
1964
7- HJ. BURUDE BIN AMAT -1965
– 1966
8- EN. NAWI BIN BUDIN -1967
– 1970
9- HJ. BURUDE BIN AMAT -1971
– 1976
10- AWANG ANAK HJ. MOHAMMAD -1977 – 1981
11- AWANG DAMIT BIN HJ. YASSIN KAMBAR -1981
12- EN. ISMAIL DAUD -1981 – 1982
13- PG. ISMAIL BIN PG. AHMAD -1982 – 1985
14- EN. ISMAIL BIN YUSSOF -1986 –
1987
15- EN. AHMAD BIN HJ. ABD. WAHID -1988
16- EN. WAHAB MANDITAR -1988 –
1995
17- EN. ARSHAD BIN MUSLIM -1995 - 2010
Yang lebih menarik terdapat di sekolah ini ialah, terdapat ahli pasukan bola yang mewakili sekolah ini pada ketika dahulu. Memang menarik hati kita apabila melihat masyarakat terlebih dahulu dengan semangat waja merek
BERDIRI SEBELAH
KIRI:
MUSTAPA
HJ.NAWANG, AG. YUSOF HJ. AG. HAMID, ABU BAKAR KASSIM, CIKGU NARAWI BUDIN, TAHIR
HJ. JUAL DAN AG. HASSAN HJ. AG. OMAR.
DUDUK SEBELAH
KIRI:
SAMAT AMAN, PG.
HAMZAH PG. SIMPOL, AG. AMAT PG. PINDI, GHANI MAT NOOR, AG. AMAS PG. DAWI DAN
MOHAMMAD PATRA.
Saya juga ingin memaparkan kepada anda semua dengan keindahan pantai yang terdapat di Kampung Pimping ini.Saya juga berharap anda semua tertarik untuk berkunjung ke Kampung Pimping ini yang mempunyai pelbagai personaliti yang tersendiri.
GAMABAR KEINDAHAN PANTAI KAMPUNG PIMPING DI WAKTU SENJA
Akhirulkalam, sampai di sini sahaja saya ingin mengupas mengenai sejarah kampung saya yang tercinta ini iaitu Kampung Pimping Membakut kerana di sinilah tempat saya lahir dan disini juga tempat saya berakhir. Dengan cogan kata yang mengatakan 'Jika kita ingin melihat sessuatu tamadun masa hadapan, maka lihatlah generasi kita pada hari ini'.
Saya berharap anda semua dapat serba sedikt info yang saya sampaikan sebentar sahaja tadi. Saya hanyalah insan yang baru belajar dan mempunyai pelbagai kekilafan yang boleh diperbaiki. Anda semua, jika anda ingin mengemukakan sebarang soalan mengenainya dialu- alukan untuk mengisi pada ruang komen.








TIGER BODY BREAKING: BODY BREAKING: TIGER BODY BREAKING - TITADES
ReplyDeleteThe original TIGER titanium nipple barbells BODY BREAKING titanium wood stoves is an original double zero raft titanium body titanium easy flux 125 amp welder safety razor for women. how to get titanium white octane